Sumbangan Kasih NR
KO-NELAYAN bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Sabah yang menganjurkan program 'Sumbangan Kasih NR' sebagai salah satu inisiatif kebajikan mahasiswa bagi membantu pelajar Non-Resident (NR) di bawah kempen MPP Care diadakan pada 16 Jun 2026 di Gerbang Utama UiTM Cawangan Sabah.
Sumbangan produk-produk pengusaha bimbingan KO-NELAYAN akan diberikan kepada 100 pelajar NR terawal yang hadir. KO-NELAYAN berharap sumbangan ini akan memberi manfaat kepada pelajar-pelajar NR UiTM Cawangan Sabah dan kolaborasi berterusan dengan UiTM Cawangan Sabah akan berterusan pada program-program yang akan datang.
#konelayansabah #penerajutransformasinelayan #teammaffi #berbudikepadatanah #kebundapur #Onsoi #SabahMajuJaya #MalaysiaMadani #ukkkonelayan
Kembali ke Aktiviti 2026